the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk pejabat peguam negara minggu depan – KPN

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini, dijangka siap dalam tempoh lima hari lagi sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak polis telah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu hadapan.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan selepas keterangan diambil daripada beliau semalam,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Razarudin mengesahkan Dr Muhamad Akmal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998, selepas menerima dua laporan berhubung ucapan di media sosial dan di Kelantan, tentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Dr Muhamad Akmal menerusi Facebook rasminya semalam turut memaklumkan beliau ditahan walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings