the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes 1MDB: Nasib Najib diketahui esok’

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi esok akan memutuskan sama ada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau diperintah membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan berkenaan pada 9 pagi.

Pada 30 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 50 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama enam tahun, bermula 28 Ogos 2019.

Antara saksi utama yang dipanggil semasa perbicaraan termasuk bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohamad Bakke Salleh, dan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan serta Pegawai Penyiasat SPRM Supt Kanan Nur Aida Ariffin.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Bahrin Omar dan Ahmad Akram Gharib manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen pada 20 Sept 2018, dan kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2018.

Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 14 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Bekas menteri kewangan itu berhadapan dengan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sama ada lima kali ganda nilai terbabit atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Dairpada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022 yang menyaksikan Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Selain kes 1MDB dan SRC, Najib juga berdepan pertuduhan pengubahan wang haram tambahan melibatkan RM27 juta daripada SRC International dan kes berkenaan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 19 Mei tahun depan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy.

Najib juga dituduh bersama bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam enam pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang melibatkan RM6.6 bilion dalam dana kerajaan berkaitan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kes ditetapkan untuk perbicaraan pada 14 Nov ini di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings