the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes buli UPNM: Kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah dipijak penuntut senior kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata seramai 13 individu telah diambil keterangan berhubung kes itu.

“Kita kini sedang menunggu keputusan bagi tindakan selanjutnya daripada pejabat TPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Nov lepas, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam 21 Okt lepas dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam 8 Nov lepas.

Pada Isnin lepas, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk memberikan keterangan dan dibenarkan pulang setelah selesai urusan berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings