the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes jenayah komersial catat kerugian RM46.9 juta di Kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak 2,271 kes jenayah komersial direkodkan di Kelantan sejak 2020 sehingga Jun tahun ini dengan jumlah kerugian sebanyak RM46.9 juta.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata daripada jumlah tersebut, 1,995 kes atau 87.8 peratus adalah melibatkan jenayah penipuan dalam talian.

Beliau berkata jenayah penipuan dalam talian atau scam yang kerap dilaporkan bermula Januari sehingga 30 Jun tahun ini adalah melalui sindiket Macau Scam iaitu 110 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM3.83 juta.

“Lain-lain kes yang kerap dilaporkan tahun ini adalah penipuan e-dagang (RM663,000) pelaburan dalam talian (RM1.23 juta) pinjaman tidak wujud (RM413,000) dan penipuan kerja sambilan dalam talian (RM1.05 juta).

“Polis juga menerima laporan penipuan love scam/parcel (RM348,000), menyamar kenalan di media sosial untuk pinjam wang (RM34,300) dan tipu menang cabutan bertuah (RM47,100),” katanya pada Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Kamaruddin Md Din dan duta kempen, penyanyi rock dan pelakon terkenal Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman.

Mengulas mengenai kempen tersebut, Muhamad Zaki berkata tips pencegahan serta modus operandi terbaru yang sering digunakan scammer akan didedahkan sekali gus memastikan masyarakat juga tidak terlibat dalam aktiviti sindiket penipuan dengan memberikan akaun-akaun bank mahupun kad sim milik mereka.

“Tema kempen kali ini iaitu Let’s Fight Scammer Together, saya menyeru semua lapisan masyarakat termasuk agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan juga komuniti untuk bersama-sama dalam sebarang bentuk aktiviti pencegahan jenayah komersial agar masyarakat tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti scammer.

“Melalui kempen ini juga, promosi penggunaan CCID Scam Response Center, CCID Infoline dan portal semakmule yang telah dibangunkan JSJK akan dipergiatkan. Ketiga-tiga platform ini disediakan sebagai satu inisiatif pencegahan jenayah dan diharapkan, ia akan dimanfaatkan secara maksimum,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings