the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin Covid-19 keempat seperti yang ditularkan.

KKM menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan bahawa infografik yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Bagi memastikan fasa Peralihan ke Endemik yang akan bermula pada 1 April ini dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah memupuk kesedaran komuniti ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada,“ menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut menjelaskan, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap semua jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 24 Feb lepas.

Tempoh masa yang ditetapkan telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini dan status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak, bermula 1 April ini. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings