the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKR belum terima kertas cadangan caj masuk jalan Genting Highlands

Kementerian Kerja Raya belum terima sebarang dokumen rasmi daripada Genting Malaysia berhubung cadangan caj masuk ke Genting Highlands

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung cadangan kutipan tol atau sebarang bentuk caj baharu untuk akses ke kawasan persendirian miliknya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini tiada dokumen atau permohonan rasmi dikemukakan kepada beliau.

“Saya belum terima apa-apa (kertas cadangan) daripada pihak Genting,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Lembaga Arkitek Malaysia Townhall 2.0.

Beliau menyokong cadangan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan agar menggunakan istilah “caj masuk” sebagai alternatif kepada tol bagi mengelakkan kekeliruan.

“Saya setuju dengan pandangan beliau sebab bila sebut tol, ia mengelirukan. Tol ini kita biasa dengan lebuh raya. Jadi bagi saya, cadangan beliau supaya ia dipanggil “caj masuk” adalah lebih baik,” katanya.

Genting Malaysia Berhad sebelum ini telah mengesahkan akan mengenakan caj bayaran bagi kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ahmad Maslan menggesa agar pihak Genting memastikan pengecualian yang adil dengan hanya mengenakan caj bagi kenderaan memasuki kawasan terbabit bagi tujuan beriadah.

Beliau menekankan bahawa caj tidak sepatutnya dikenakan secara menyeluruh kepada semua pengguna jalan raya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

ONG KONG AND SHANGHAI - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Hang Lung Properties Limited (SEHK Stock Code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announced a partnership with Wuxi Liangxi City Development Group Co., Ltd.* to secure a long-term operating lease for a landmark commercial redevelopment project in central Wuxi.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories