the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir – Fadillah

LONDON: Kerajaan mengambil pendekatan membina kolam takungan air pelbagai guna sebagai antara usaha mitigasi banjir dalam negara, sekali gus mengurangkan kerugian akibat bencana alam itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata menerusi pembinaan kolam takungan sedemikian, ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak, tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.

“Kolam takungan ini akan digunakan sebagai simpanan air apabila berlaku kemarau, memastikan kita mempunyai sumber air. Air ini boleh diproses untuk bekalan pelbagai kegunaan sama ada bagi minuman, pertanian, industri, dan sebagainya. Inilah antara pendekatan yang sedang kita laksanakan,“ katanya ketika berucap pada majlis makan malam dan ramah mesra bersama rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London, di sini, pada Jumaat.

Seramai 80 orang yang terdiri daripada pelajar serta kakitangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia London hadir.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar, Ketua Pegawai Tenaga Baharu Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mohd Zarihi Mohd Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad Datuk Sharbini Suhaili dan delegasi dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di sini dari Turkiye pada Rabu untuk lawatan kerja selama tiga hari sebelum itu turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama komuniti Islam di Malaysia Hall.

Beliau sebelum itu mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House di sini yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat.

Menjelas lanjut, Fadillah berkata mitigasi banjir perlu dilaksanakan segera kerana perubahan iklim yang ketara ketika ini memberi kesan kepada cuaca di Malaysia seterusnya mengakibatkan pelbagai bencana alam termasuk banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

“Fokus utama kita sekarang ialah mitigasi banjir disebabkan perubahan iklim. Ribut petir, angin kuat, dan sebagainya menyebabkan jumlah air hujan yang turun dalam satu hari boleh menyamai jumlah hujan sebulan. Ada tempat yang tidak pernah banjir kini dilanda banjir.

“Kita perlu memastikan dapat mengurangkan kesan banjir kepada rakyat, kesan kerugian dari segi kewangan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara kerana pernah berlaku banjir besar yang menyebabkan kerugian RM3 bilion termasuk kos pemulihan dan sebagainya,“ katanya.

Selain itu, Fadillah mengulangi kenyataan bahawa Malaysia komited untuk mencapai kadar 70 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2050, dan kadar semasa adalah 28 peratus.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings