the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan – PM Anwar

ASTANA: Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memberikan keutamaan kepada komitmen dalam sektor seperti perlombongan, minyak dan gas, tenaga, pembinaan, pelancongan dan barangan pengguna.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.

“Bagaimanapun, komuniti perniagaan perlu berfikiran terbuka dan giat mencari peluang yang berpotensi di sini,” kata beliau dalam ucaptama pada sesi Meja Bulat Pelaburan Kazakhstan-Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri Kazakhstan Olzhas Bektenov.

Selepas perbincangan itu, Anwar dan Bektenov menyaksikan pertukaran empat memorandum persefahaman (MoU).

MoU pertama ditandatangani antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Institut Kajian Strategik Kazakhstan manakala MoU kedua antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Dewan Perniagaan Kebangsaan Kazakhstan (Atameken).

MoU ketiga dimeterai oleh syarikat Malaysia Hyrax Oil Sdn Bhd dan Alegeum Electric Company Group manakala MoU keempat melibatkan Berkat OSH Services Sdn Bhd dan APEC Training Center LLP.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.

Delegasi Malaysia termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai jumlah penduduk kira-kira 20 juta orang dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.

Ia bersempadan dengan Rusia, China, Republik Kyrgyz, Uzbekistan, Turkmenistan dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Eksport utamanya ialah minyak, diikuti gas asli dan komoditi lain. Ia juga merupakan pengeluar utama gandum.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings