the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontraktor maut rempuh sekawan lembu

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kawanan lembu yang melintas jalan di Kilometer 24 Jalan Ferri, Hutan Melintang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam, lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher dan dada.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supt Mohammad Ali Mohd Jali berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Sabak Bernam ke Hutan Melintang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa gagal mengelak kehadiran lima ekor lembu yang melintas secara tiba-tiba dari laluan kanan ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu turut membabitkan tiga kenderaan lain iaitu sebuah motosikal, kereta dan lori.

“Penunggang motosikal yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori dan kereta masing-masing berusia 29 serta 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img