the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT lancar lima reformasi perumahan MADANI mulai Januari 2025

Lima reformasi perumahan MADANI KPKT tingkat integriti sektor hartanah, termasuk eSPA, HIMS, TEDUH dan audit Akaun Pemajuan Perumahan

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan Lima Reformasi Perumahan MADANI bermula 1 Januari 2025 bagi membangunkan ekosistem perumahan berintegriti dan berakauntabiliti.

Menteri Nga Kor Ming berkata reformasi ini bertujuan memperkukuh perlindungan pembeli, meningkatkan kecekapan sistem perumahan, menutup kelompangan peraturan dan memacu negara ke arah ekosistem digital perumahan bertaraf dunia.

“Daripada sistem manual kepada sistem digital, daripada proses tertutup kepada pengurusan yang telus, moden dan berpaksikan data,” katanya dalam Majlis Reformasi Perumahan MADANI.

Lima reformasi tersebut meliputi pemantapan perundangan termasuk Akta Pemajuan Harta Tanah baharu, Perjanjian Jual Beli elektronik (eSPA), Housing Integrated Management System (HIMS), Transforming and Empowering Data Usage in Housing (TEDUH) dan pelaksanaan audit terhadap Akaun Pemajuan Perumahan (HDA).

HIMS merupakan platform digital bersepadu yang mengawal selia seluruh kitaran hayat pembangunan perumahan daripada pendaftaran projek hingga penyerahan rumah.

“Dengan HIMS, pemantauan tidak lagi bersifat reaktif dan semua data kemajuan projek, aliran kewangan, malah status lesen pemaju akan dapat dipantau secara masa nyata,” jelas Nga.

TEDUH atau Sistem Bank Data Perumahan Negara pula memaparkan maklumat melalui integrasi dengan HIMS dan sistem perumahan agensi kerajaan lain.

Portal ini menyediakan fungsi carian dinamik berkaitan projek dan pemaju bagi program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

“TEDUH dilengkapkan dengan sistem aduan dan pemantauan dalam talian bagi membolehkan pembeli menyemak kemajuan projek,” tambahnya.

Mengenai audit HDA, kerajaan akan memperkukuh mekanisme kawalan pelaksanaan audit oleh Jabatan Perumahan Negara bagi memastikan wang pembeli dimasukkan ke akaun yang sah.

“Jika pemaju gagal, akaun mereka akan dibekukan serta-merta,” tegas Nga.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan tiada lagi projek perumahan swasta terbengkalai menjelang 2030.

Nga turut mengamalkan konsep AFA (accomodate, facilitate, accelerate) bagi memastikan setiap dasar KPKT dilaksana dengan cepat, efisien dan memberi manfaat berimpak tinggi kepada rakyat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings