the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT tubuh pasukan ‘Duta Online’ bantu sebar maklumat sahih, polisi kerajaan

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menubuhkan pasukan “Duta Online” untuk menangkis fitnah serta menyampaikan maklumat sahih dan polisi kerajaan secara efektif.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata pasukan itu akan menyebarkan maklumat yang sahih dan mempertahankan rakyat daripada fitnah menggunakan bahasa dan pendekatan lebih mudah difahami rakyat.

Beliau berkata seramai 200 kakitangan KPKT telah dipilih sebagai Duta Online berkenaan.

“Sentuhan maya ini diwujudkan untuk membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih dan polisi kerajaan dengan lebih efektif,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Bengkel Sentuhan Maya KPKT di sini hari ini.

Nga turut menggalakkan ahli-ahli pasukan Duta Online untuk menggunakan kreativiti dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan tidak membosankan.

“Dalam era digital ini, media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Video pendek, siaran langsung dan pelbagai platform boleh digunakan sebagai medan menyelaraskan maklumat kerajaan supaya rakyat berdiri teguh bersama mendukung aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau percaya bahawa dengan kreativiti, maklumat yang benar dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik perhatian masyarakat.

Sebagai contoh, Nga berkata pencapaian Malaysia yang dipilih sebagai negara ke-10 paling aman di dunia serta ketiga di Asia-Pasifik dalam Indeks Keamanan Dunia baru-baru seharusnya mendapat liputan meluas.

Beliau berkata ini kerana pada tahun lepas, Malaysia berada di tangga ke-19 keseluruhan dalam Indeks Keamanan Dunia.

Menurutnya antara faktor utama kejayaan itu adalah dasar kerajaan MADANI yang inklusif, meraikan kepelbagaian dan sentiasa bersikap prihatin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings