the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM buat ambilan 9,500 guru baharu bulan depan – Fadhlina

PASIR PUTEH: Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuat pengambilan 9,500 orang guru baharu pada November ini bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.

“Isu kekurangan guru berlaku bila ada persaraan dan berhenti, kita akan cepat-cepat ganti. Sebab itu kekurangan ini bersifat sementara dan proses dapatkan guru dilaksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) segera mungkin bagi memastikan kekosongan itu bersifat sementara,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani@KVKPM 2023 di Kolej Vokasional Pasir Puteh yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, di sini hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata kerja penyelenggaraan tandas sekolah di bawah KPM sudah 90 peratus selesai.

“Projek dipantau oleh Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) , saya dimaklumkan sudah 90 peratus siap.

Kita jangka hujung Oktober akan dapat kenal pasti angka secara tepat, sekarang semua sedang berjalan. Alhamdulillah ada juga yang telah siap dilaksanakan,“ katanya.

Pada Julai lepas, KPM dilaporkan memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah seluruh negara untuk menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah demi keselesaan pelajar menerusi peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings