the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kucing mati: Veterinar T’ganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik

BESUT: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah menjalankan bedah siasat terhadap bangkai kucing yang mati disyaki akibat tindakan khianat di daerah ini semalam, dan sampel telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisis kimia serta ujian diagnostik.

Pengarah JPV negeri Dr Anun Man berkata setelah menerima aduan berkenaan kucing mati disyaki diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini, pada Ahad, pasukan operasi Unit Kebajikan Haiwan dan Penguat kuasa Veterinar negeri telah digerakkan untuk melakukan siasatan di lapangan.

“Sebanyak 15 ekor bangkai kucing pelbagai umur, jantina dan warna telah ditunjukkan oleh pengadu di lokasi bangkai itu ditemui dan ditanam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut dan meminta orang awam agar membuat sebarang aduan kebajikan haiwan secara rasmi menerusi laman sesawang MyAnimaWelfare di https://awa/dvs.gov.my/support.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Mohd Fadli Ngah berkata walaupun terdapat banyak kucing jalanan berkeliaran di daerah itu, namun pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenainya atau menangkap haiwan berkenaan.

Beliau berkata setelah timbul kes kucing jalanan mati dipercayai akibat tindakan khianat, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian tidak berperikemanusiaan itu tidak berulang.

Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings