the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kurikulum Prasekolah 2026 perkukuh amalan membaca bersama ibu bapa

Kurikulum Prasekolah 2026 akan wujudkan ruang membaca khas di sekolah untuk galak penglibatan ibu bapa dalam literasi awal kanak-kanak

CYBERJAYA: Kurikulum Prasekolah 2026 akan memberi penekanan khusus kepada amalan pembacaan bersama ibu bapa bagi memperkukuh literasi awal kanak-kanak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif itu merangkumi pewujudan ruang membaca khas di prasekolah untuk menggalakkan interaksi ibu bapa dan anak.

Beliau berkata pihaknya mendapat sokongan penuh daripada Perbadanan Kota Buku dan rakan strategik untuk ruang membaca tersebut.

“Saya fikir tradisi memegang buku (dan membaca) masih lagi satu tradisi yang penting,” katanya semasa berucap pada Malam Kota Buku 2025.

Fadhlina menambah program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) akan ditingkatkan pada tahun hadapan.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada beberapa agenda berkaitan industri buku pada 2026.

Fadhlina juga menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi digital secara beretika untuk memperluas akses bahan bacaan berkualiti.

Malam Kota Buku 2025 mengetengahkan pencapaian Perbadanan Kota Buku sebagai agensi Kementerian Pendidikan.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian pengiktirafan kepada pemain industri, sekolah, komuniti bacaan dan rakan strategik.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM Datuk Dr Aminuddin Hassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB Adibah Omar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories