the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kutipan sampah bazaar Ramadan di Selangor turun 40 peratus – KDEBWM

SHAH ALAM: Jumlah kutipan sampah yang dikendalikan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) di bazar Ramadan di beberapa daerah Selangor tahun ini menunjukkan pengurangan kepada 40 tan sehari berbanding 70 tan sehari tahun lepas, iaitu penurunan kira-kira 40%, kata Pengarah Urusannya Datuk Ramli Mohd Tahir.

Beliau berkata ia mungkin disebabkan oleh kesedaran masyarakat dan peniaga yang semakin baik dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaan dengan berhemah dan tidak bersikap berlebihan sepanjang bulan puasa ini.

“Tahun ini KDEBMW diarah mengendalikan pengurusan sampah bazar Ramadan di tujuh daerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), merangkumi 152 lokasi dengan hampir 9,832 tapak, dan semakan kita setakat 20 hari ini kita nampak ada pengurangan sedikit dalam jumlah kutipan sampah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santunan Ramadan di sini semalam.

Sementara itu Ramli berkata pihaknya juga telah bersiap siaga dalam memastikan kutipan sampah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti berjalan dengan lancar.

“Saya bagi jaminan kita pun memang diarahkan untuk beroperasi selama 365 hari, jadi KDEB di semua cawangan di 12 PBT kita akan lakukan kutipan seperti biasa.

“Kita juga akan rancang di kawasan-kawasan tertentu untuk kita masuk lebih awal iaitu pada awal pagi dan selesaikan sebelum sembahyang sunat Hari Raya, sebab kita pun tak mahu orang beraya dengan sampah penuh di rumah dan sebagainya,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings