the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan TPM Ahmad Zahid ke ‘beehive bunker’ rintis kerjasama pengurusan bencana Malaysia – New Zealand

WELLINGTON: Malaysia dan New Zealand berpotensi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pengurusan bencana melalui pendekatan lebih holistik, susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke National Crisis Management Centre (Beehive Bunker) di sini hari ini.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada hari terakhir misi kerja rasmi lima hari beliau ke negara Oceania tersebut dan dilihat membuka lembaran baharu dalam kesepakatan pengurusan kecemasan dan bencana antara kedua-dua negara.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata lawatan itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya membawa misi memperluas kerjasama strategik merangkumi perkongsian maklumat, pendidikan serta latihan keselamatan bencana, termasuk simulasi menyelamat dan pengurusan logistik mangsa bencana.

“Malaysia dan New Zealand telah lama menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang, namun bidang pengurusan bencana masih mempunyai ruang besar untuk dimantapkan secara dua hala,” katanya.

Beliau turut menyambut baik perkembangan positif rundingan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan National Emergency Management Agency (NEMA) New Zealand yang kini dalam proses memuktamadkan satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat.

“Saya yakin usaha ini bakal menjadi mercu tanda kepada kerjasama yang lebih tersusun, berstruktur dan berkesan buat kedua-dua negara, demi keselamatan rakyat dan kesiapsiagaan serantau yang lebih kukuh,” katanya.

Lawatan Ahmad Zahid ke Beehive Bunker, yang terletak di bangunan Parlimen New Zealand, turut disertai delegasi rasmi dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri dijangka menamatkan lawatan kerja beliau dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada Jumaat (18 Julai) – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings