the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 500 anggota polis ditugaskan sempena AMMTC ke-19 di Melaka

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

MELAKA: Seramai 569 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 dan Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di sini dari 8 hingga 12 September ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar menyatakan pihaknya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi melaksanakan penugasan pegawai serta anggota.

Beliau turut memastikan keselamatan delegasi dan orang awam terjamin sepanjang mesyuarat berkenaan berlangsung.

“Pengguna jalan raya juga tidak perlu bimbang kerana tiada jalan utama ditutup kecuali ketika laluan digunakan oleh tetamu kenamaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pembukaan mesyuarat berkenaan pada Selasa.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

AMMTC ke-19 diadakan sempena Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Tema ini mencerminkan komitmen rantau ini untuk membentuk masa depan saksama dan berdaya tahan.

Ia juga sejajar dengan trend global semasa serta aspirasi rakyatnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img