the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ‘bungkus’ perabot elak dirosakkan banjir

KUALA BERANG: Lazimnya, mangsa banjir akan menempatkan harta benda mereka di tempat tinggi bagi mengelakkan rosak dek bencana itu, namun Moh Norddin Ahmad, 60, mempunyai kaedah lain yang lebih kreatif.

Berbekalkan plastik kanvas biru bersaiz 6 kali 6 meter, penduduk di Kampung Bukit Tok Bat itu membungkus kesemua perabotnya yang disusun setinggi hampir 2 meter sebelum membuat ikatan di bahagian atas.

“Ini kali kedua saya guna kaedah ini. Pertama kali dilanda banjir tahun lepas pun saya buat cara sama, bahkan turut membungkus kereta Proton Persona, dan sebuah motosikal.

“Alhamdulillah, kereta dan motosikal itu masih boleh dihidupkan walaupun bungkusan itu ditenggelami air,“ katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Kaedah itu nyata mendapat pujian Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar yang turut berada di situ ketika meninjau situasi banjir di kampung berkenaan.

Manakan tidak, bermodalkan hanya RM90, Moh Nordin boleh dikatakan berjaya mengelakkan nilai kerugian perabotnya dan kenderaannya yang jauh lebih besar dari itu akibat banjir.

Menurut pesara kerajaan yang tinggal di kampung berkenaan sejak 2006 itu, idea itu merupakan hasil perbincangan dengan empat orang anaknya setelah terkandas banjir kali pertama Februari tahun lepas.

“Saya tengok mangsa banjir lain selamatkan perabot mereka dengan meletakkannya di tempat tinggi. Paling tinggi pun atas meja makan. Tapi air banjir kadang-kadang naik lebih dari itu dan akhirnya barangan itu rosak.

“Dengan kaedah membungkus perabot-perabot ini, Insya-Allah selamat, walaupun mungkin ada sikit-sikit yang kembang akibat terendam air tapi masih boleh diselamatkan. Bagaimanapun dengan kaedah ini, kalau air naik lebih dari paras dada saya rasa kaedah ini pun tidak akan berkesan… tapi tak apalah, ini ikhtiar saya. Selebihnya saya serahkan pada Tuhan,“ katanya.

Kampung Tok Bat di daerah Hulu Terengganu menyaksikan bilangan mangsa banjir seramai 176 mangsa daripada 39 keluarga masih masih berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi, menurut data oleh sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu.

Bilangan mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu terus meningkat kepada 10,145 orang daripada 2,794 keluarga di kesemua lapan daerah berbanding 9,858 orang pada tengah malam tadi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings