the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditahan, cecair ganja bernilai RM586,500 dirampas

Seorang lelaki ditahan dan 690 katrij cecair ganja bernilai hampir RM600,000 dirampas polis dalam serbuan di sebuah pusat kurier di Kuching.

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 690 katrij berisi cecair disyaki ganja bernilai RM586,500.

Serbuan di sebuah pusat perkhidmatan kurier di Jalan Kong Ping, Padawan itu dilakukan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata suspek berusia 20 tahun itu dipercayai bertindak sebagai tukang ambil bungkusan.

“Pemeriksaan ke atas kotak dibawa suspek menemukan 690 katrij dengan ganja itu boleh digunakan sehingga 3,450 kali,” katanya pada sidang media hari ini.

Polis turut menyita wang tunai RM470 dan sebuah motosikal Yamaha bernilai RM8,000 milik suspek.

Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kegiatan itu sejak September dan telah dua kali mengambil bungkusan untuk sindiket.

“Suspek menerima upah RM200 untuk mengambil bungkusan dan RM20 bagi setiap katrij dihantar kepada pelanggan di sekitar Kuching dan Padawan,” jelas Mohd Irwan Hafiz.

Suspek kini direman sehingga 13 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan ketua dan rangkaian sindiket operasi itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings