the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 18, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki keluar cari kerang ditemukan lemas

MERSING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, ditemukan lemas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata mayat Hafiz Nursalam Ahmad, 21, ditemukan di perairan Kuala Tenglu kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian pada pukul 6.30 petang oleh orang awam yang turut serta dalam operasi pencarian dan mangsa juga telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 7.10 malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Hafiz Nursalam yang berasal dari daerah itu sering mencari kerang di kawasan berkenaan namun beliau dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak pukul 10 pagi Isnin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings