the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan di lebuh raya

KLUANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 69.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Machap, di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I KUP Abd Rahim Razali berkata Muhammad Adib Adnan, 33, yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan membabitkan sebuah treler jenis Volvo 40 tan, kereta Honda Civic dan motosikal Yamaha MT09 itu kira-kira pukul 7.43 pagi.

“Mayat Muhammad Adib kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun yang menaiki kereta Honda Civic pula mengalami kecederaan.

“Seorang daripada mereka tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas oleh PKO Renggam dan seorang lagi telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Rahim bagaimanapun berkata pemandu treler yang berusia 40 tahun itu dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata operasi menyelamat itu melibatkan dua jentera bomba jenis Fire Rescue Tender serta dibantu PKO Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam dengan kekuatan 12 anggota yang tamat sepenuhnya pada 9.11 pagi.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran menerusi laman sosial X memaklumkan semua lorong arah Utara terhalang dan trafik terhenti empat kilometer serta menyarankan pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif, di samping berhati-hati dalam perjalanan masing-masing.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings