the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut dalam nahas babitkan dua kenderaan di Jalan Machang-Kuala Krai

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung dalam nahas di Jalan Machang–Kuala Krai berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang Mohd Suhaimi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada 12.25 tengah malam sebelum mengerahkan satu jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi pada 12.43 pagi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Honda Accord dan Perodua Axia yang dipercayai datang dari arah bertentangan sebelum bertembung.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu Honda Accord tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua mangsa dalam Perodua Axia, iaitu pemandu dan penumpang cedera. Semua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas Power Unit Rescue Tool,” katanya ketika dhubungi hari ini.

Operasi menyelamat tamat pada 2.13 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings