the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki pecah pintu bangunan MPTI disenarai hitam sewa premis

TELUK INTAN: Seorang tukang baiki jam yang menyewa sebuah premis di Jalan Bandar di sini dan bertindak agresif memecahkan pintu kaca utama bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada minggu lepas, telah disenaraihitamkan daripada menyewa premis berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata pihak MPTI, akan memberikan notis pengosongan premis dalam tempoh sebulan kepada lelaki berusia 63 tahun itu.

“Tindakan beliau (mengamuk dan merosakkan harta benda awam di bangunan MPTI) tidak boleh diterima dan kita (kerajaan negeri) tidak boleh bertolak ansur dengan perkara terbabit. Beliau akan disenarai hitam oleh MPTI dan tidak akan dapat mana-mana gerai atau kedai pun pada masa akan datang.

“Malah, beliau juga sudah dua bulan tidak membayar sewa premis iaitu hanya RM150 sebulan sahaja. Ini merupakan satu pengajaran kepada beliau dan mana-mana penyewa (premis) yang lain supaya jangan bertindak mengikut undang-undang sendiri,” katanya.

Sivanesan berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau perayaan Chithirai Pournami di Kuil Sri Subramaniam yag disertai kira-kira 20,000 penganut Hindu di Jalan Bandar di sini hari ini.

Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin dilaporkan berkata lelaki itu datang ke bangunan MPTI dengan menaiki motosikal, telah membawa sebatang tukul besi dan bertindak memecahkan kedua-dua pintu kaca utama bangunan.

Bakri berkata dalam keterangannya, lelaki berkenaan memaklumkan dia berasa tidak berpuas hati terhadap tindakan MPTI, yang memasang khemah di hadapan kedainya semasa sambutan perayaan Chitra Pournami yang disambut setiap tahun, kerana menghalang pandangan pelanggan terhadap kedai jamnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 30 saat menerusi laman media sosial memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dan bertindak agresif memecahkan pintu kaca di bangunan MPTI.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings