the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki tular berlari tanpa pakaian alami masalah mental – Polis

SHAH ALAM, 8 April (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun selepas dikesan berlari tanpa pakaian di simpang tiga Persiaran Kayangan, Seksyen 8 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata remaja itu ditahan sekitar pukul 8.30 pagi oleh anggota ronda cegah jenayah sebelum dibawa ke Balai Polis Seksyen 6.

“Setelah dipujuk dan ditenangkan, lelaki berkenaan dibawa balik ke balai dan diberikan pakaian oleh anggota bertugas.

“Remaja ini didapati hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan beliau telah menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata bapa saudara remaja itu hadir ke balai dan memaklumkan lelaki berkenaan tinggal bersamanya di Seksyen 9.

Beliau berkata lelaki itu turut memaklumkan anak saudaranya mengalami masalah gangguan mental dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Remaja berkenaan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki berlari dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai berlaku di sekitar Seksyen 8, Shah Alam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings