the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah arah penyitaan aset Caprice gagal bayar kos fitnah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarah penyitaan aset pempengaruh media sosial Caprice selepas gagal bayar kos RM8,000 dalam kes saman fitnah oleh seorang ahli perniagaan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan penyitaan aset milik pempengaruh media sosial Caprice.

Arahan itu dikeluarkan selepas beliau gagal membayar kos berjumlah RM8,000 kepada seorang ahli perniagaan dalam kes saman fitnah.

Writ penyitaan dan penjualan bertarikh 3 Disember 2025 dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Qasiratul Jannah Usmani Othman terhadap Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Perintah itu diperoleh oleh ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan, Datuk Seri R. Jeyenderan.

Jumlah terhutang itu merangkumi RM8,000 yang dianugerahkan melalui perintah mahkamah pada 15 Oktober 2025 bersama alokatur RM320 yang dikira setakat 21 November tahun sama.

Writ itu membenarkan penyitaan dan jika perlu, penjualan harta alih milik Caprice untuk melangsaikan hutang penghakiman.

Peguam Muniandy Vestanathan dan Afiq Yahawa yang mewakili Jeyenderan mengesahkan dua bailif cuba melaksanakan writ itu di kediaman Caprice di Mont Kiara.

Bagaimanapun, pelaksanaannya tidak dapat dilakukan kerana tiada pihak yang membuka pintu.

Pengurusan pangsapuri juga memaklumkan defendan telah berpindah selepas tempoh penyewaannya tamat pada tahun lepas.

Pada 15 Oktober tahun lepas, Hakim Roslan Mat Nor membenarkan permohonan Jeyenderan untuk mendapatkan injunksi inter-parte dalam saman fitnah terhadap Caprice.

Mahkamah turut memerintahkan pempengaruh itu membayar kos RM8,000 dalam tempoh dua minggu, namun Caprice gagal menjelaskan bayaran itu.

Jeyenderan memfailkan saman itu pada 21 Julai 2025 mendakwa defendan memuat naik beberapa hantaran Instagram pada 10 Julai tahun sama.

Hantaran itu termasuk gambar dan video yang didakwa mengaitkan dirinya dengan aktiviti jenayah, gangsterisme serta ugutan bersenjata tanpa bukti sahih.

Beliau menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta bagi kerosakan reputasi, ganti rugi khas, am dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings