Monday, November 10, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah benarkan gantung hukuman penjara mudir ajar tanpa tauliah

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban gantung hukuman penjara mudir yang ajar agama tanpa tauliah atas faktor kesihatan, ikat jamin RM3,000

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan permohonan menggantung hukuman penjara terhadap seorang mudir yang didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah pihak pembelaan semasa prosiding pendengaran permohonan tersebut.

Zulfikri memaklumkan penggantungan hukuman berkuat kuasa hari ini dengan Zahanizam Rohan, 52, dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Syarie Boestaman Ahmad memaklumkan permohonan itu dibuat atas faktor kesihatan anak guamnya yang menghidap penyakit hernia.

“Pemohon dijangka dibebaskan pada Januari 2026 namun keadaan kesihatannya amat memburuk,” katanya.

Beliau menambah penyakit itu memerlukan rawatan di klinik pakar manakala pesakit hanya menerima rawatan dari klinik biasa di penjara.

Pada 13 November tahun lepas, Zahanizam dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah.

Dia didakwa mengajar subjek agama Islam berkaitan tauhid di sebuah madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah tanpa tauliah.

Kesalahan itu dilakukan antara Disember 2021 hingga September 2024 tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah enakmen negeri.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 53 Enakmen-Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 Pindaan 2019.

Peruntukan undang-undang itu membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories