the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia manfaatkan hubungan luar tingkat ekonomi, pelaburan negara – Anwar

PUTRAJAYA: Malaysia memanfaatkan hubungan luar untuk meningkatkan ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketika lawatan kerja beliau ke Peru dan Brazil baru-baru ini banyak permintaan diterima daripada pemimpin dunia, menyatakan minat untuk menemuinya, yang menandakan pengiktirafan terhadap kedudukan Malaysia di arena antarabangsa.

“Tapi kita manfaatkan untuk apa? Untuk ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan. Itu yang penting. Jadi tindakan susulan itu saya dah minta Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan berkenaan selaraskan,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan bulanan bersama warga JPM, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri turut berkongsi bahawa prestasi Malaysia dalam memerangi rasuah turut mendapat perhatian Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra yang menyatakan hasrat untuk memanfaatkan pengalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras jenayah itu di negaranya.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said kini mempengerusikan Akademi Antirasuah Antarabangsa selepas SPRM memperoleh prestasi tinggi yang merupakan pengiktirafan baik kepada negara.

Sementara itu hubungan strategik dengan Brazil turut membuka peluang ekonomi apabila Presiden Luiz Inacio Lula da Silva memberi keistimewaan kepada Malaysia, antaranya kepada Petronas untuk menyambung aktiviti cari gali, dan Yinson Holdings Berhad mendapat peluang pelaburan dalam kapal tenaga elektrik terbesar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings