the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sedia terajui pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN tahun depan

KUCHING: Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN (APG) mulai tahun depan, selaras dengan kedudukan strategik yang membolehkannya menjadi pemacu utama inisiatif serantau bagi mengintegrasikan rangkaian penghantaran elektrik di seluruh Asia Tenggara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan penting berhubung hala tuju pelaksanaan APG dijangka dimuktamadkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) di Kuala Lumpur pada Oktober susulan kemajuan memberangsangkan yang dicapai menerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga ASEAN (SOME) baru-baru ini.

“Hala tuju pelaksanaannya telah dibentang dan secara prinsip telah dipersetujui. Jika semua berjalan lancar, pelaksanaannya boleh dimulakan seawal tahun depan tertakluk kepada pengesahan oleh pemimpin-pemimpin ASEAN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 di sini hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Malaysia kini berada di hadapan dari segi ketersediaan infrastruktur dan sambungan rentas sempadan, sekali gus meletakkan negara pada kedudukan kukuh untuk menyokong pelaksanaan grid tenaga serantau itu.

“Sistem grid kita perlu dinaik taraf dan disambungkan antara negara. Di Semenanjung, kita sudah pun mempunyai sambungan dengan Thailand, Laos dan Singapura.

“Di Sarawak, kita sudah pun disambungkan dengan Kalimantan Barat dan mereka perlu menaik taraf keseluruhan sistem grid agar dapat disambungkan dengan Sabah… dan seterusnya mewujudkan rangkaian grid serantau di Borneo yang berpotensi dihubungkan ke selatan Filipina.

“Kita sudah bersambung dengan Thailand dan Singapura, ini memberikan kelebihan besar kepada kita…Yang diperlukan sekarang ialah penjajaran dari segi peraturan dalam kalangan negara anggota,” katanya.

APG yang diperkenalkan pada 1997 merupakan inisisatif serantau untuk menghubungkan infrastruktur tenaga elektrik antara 10 negara anggota ASEAN, dengan matlamat mencapai operasi grid bersepadu sepenuhnya menjelang 2045.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings