the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir meningkat di lima negeri, Kelantan dan Kedah berkurangan

Mangsa banjir meningkat di Terengganu, Perak, Perlis, Selangor dan Pahang, manakala Kelantan dan Kedah catat pengurangan dengan jumlah keseluruhan 32,366 mangsa

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di lima negeri terus meningkat manakala Kelantan dan Kedah mencatatkan sedikit pengurangan berdasarkan laporan terkini.

Keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan lebat berterusan menyebabkan peningkatan mangsa di Terengganu, Perak, Perlis, Selangor dan Pahang.

Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat kepada 4,111 orang daripada 1,245 keluarga berbanding 3,483 orang pagi tadi.

Sebanyak 49 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tujuh daerah dengan hujan masih melanda kebanyakan kawasan.

Paras air Sungai Nerus di tiga lokasi iaitu Kampung Bukit (F1), Kampung Langkap dan Kampung Bukit di Setiu telah melepasi paras bahaya.

Di Perak, mangsa banjir meningkat kepada 5,689 orang daripada 1,749 keluarga di 45 PPS.

Daerah Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,098 orang, diikuti Perak Tengah (1,393), Hilir Perak (1,197) dan Bagan Datuk (706).

Di Perlis, mangsa banjir meningkat kepada 7,622 orang dengan 24 PPS beroperasi di Padang Besar, Arau dan Kangar.

Di Selangor, jumlah mangsa meningkat kepada 2,467 orang daripada 654 keluarga dengan 14 PPS masih beroperasi.

Di Pahang, mangsa banjir meningkat kepada 21 orang daripada lapan keluarga di tiga PPS.

Paras air di Sungai Belat, Kuantan merekodkan 3.10 meter melebihi tahap waspada 3 meter.

Sungai Lipis di Batu Malim mencatatkan 114.57 meter melebihi tahap amaran 114.24 meter.

Sungai Telemong, Bentong pula mencatatkan 98.28 meter melebihi tahap waspada 98.1 meter.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 9,187 orang daripada 3,456 keluarga berbanding 10,950 orang pagi tadi.

Kawasan paling terjejas ialah Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Kota Bharu dengan 61 PPS dibuka di sembilan jajahan.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kekal pada tahap bahaya dengan bacaan 10.36 meter, melepasi paras bahaya 9.00 meter.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 4,270 orang daripada 1,442 keluarga.

Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena ditempatkan di 23 PPS. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings