the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir meningkat di lima negeri, paras sungai melebihi paras bahaya

Lebih 13,000 mangsa banjir di Kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis dipindahkan ke PPS, paras air sungai melepasi tahap waspada dan bahaya

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di lima negeri semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kelantan, jumlah mangsa meningkat kepada 9,882 orang daripada 3,608 keluarga dengan 40 PPS dibuka di empat jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Paras air Sungai Melor di Bachok mencatat 7.68 meter, melepasi paras waspada 7 meter dengan trend menaik.

Sungai Golok di Rantau Panjang pula mencatat paras air 7.81 meter, iaitu 0.81 meter melepasi paras waspada.

Di Perlis, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,017 orang daripada 594 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mangsa melibatkan penduduk di kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar.

Di Selangor, jumlah mangsa meningkat kepada 1,732 orang daripada 474 keluarga dengan 15 PPS dibuka.

PPS terbaharu yang dibuka termasuk Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding, Kompleks Penghulu Batu 10 dan Balai Raya Kampung Melaka di Hulu Langat.

Lapan sungai di Selangor melebihi tahap bahaya termasuk Sungai Langat di Batu 12 Hulu Langat pada paras 42.4 meter.

Sungai Langat di Jenderam Hilir mencatat paras 11.55 meter manakala Sungai Bernam di Hulu Selangor pada 20.29 meter. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Exein raises €100m to build the world’s digital immune system in face of cyber security crisis

SEOUL, SOUTH KOREA - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 – Exein, the European leader in embedded cybersecurity for connected devices, today announced €100 million in new funding, bringing its total raised in 2025 to €170 million. The round is led by Blue Cloud Ventures, with participation from HV Capital, Intrepid Growth Partners, Geodesic Capital, and J.P. Morgan.
spot_img

Popular Categories