the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MAQIS gagalkan cubaan bawa masuk 18 tan gelatin dari Pakistan

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan membawa masuk 18 tan gelatin dari Pakistan yang cuba diseludup masuk menerusi Pelabuhan Klang Utara dekat sini, Jumaat lepas.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena oleh pegawainya pada 11.30 pagi menemukan 18,000 kilogram (kg) gelatin yang dianggarkan bernilai RM635,383.33.

“Pemeriksaan mendapati gelatin dibawa masuk itu tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam import permit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perbuatan mengimport dagangan yang tidak mematuhi syarat permit dikeluarkan oleh MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (2), akta sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali,“ katanya.

Mohd Sobri berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan setiap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian diimport mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings