the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Pantai Batu 4 Port Dickson

Polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut, tiada kesan jenayah ditemui pada mayat lelaki yang terapung di pantai Port Dickson.

PORT DICKSON: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung berhampiran sebuah hotel di Pantai Batu 4 di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan itu kira-kira jam 7.55 malam.

Lelaki itu mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat 64 kilogram.

Beliau berambut pendek beruban, berkulit cerah dan memakai gigi palsu.

“Lelaki itu ditemui lengkap berpakaian baju-T hitam berjalur menegak dengan lengan berjalur melintang serta berseluar pendek warna hijau,” katanya.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat tersebut.

Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan si mati tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat pada Isnin.

Pengambilan cap jari dilakukan untuk mengesan waris namun gagal.

Maslan berkata kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis masih mengesan waris si mati dan menyeru orang awam yang kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi pihak polis.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Port Dickson di talian 019-6666652 atau 06-6472222. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings