the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan bukan mangsa kes hilang – Polis

MELAKA: Mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki yang ditemukan di dalam tong sampah di longkang tepi jalan di Alor Gajah pada 31 Dis lepas, bukanlah mangsa dalam kes kehilangan yang dilaporkan di Batu Pahat, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata hal ini kerana perbandingan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat itu yang dijalankan menerusi ahli keluarga tidak sepadan dengan mangsa kes kehilangan terbabit.

“Spesimen DNA berkenaan turut dihantar ke Bahagian D13 (Data Bank/DNA), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman untuk dibuat semakan dengan kes-kes lain yang dilaporkan,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan identiti sebenar si mati dan orang ramai yang mempunyai maklumat dipohon untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 06-5562222.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penemuan mayat berkenaan tanpa berpakaian disyaki seorang wanita berusia antara 20 hingga 30-an oleh orang awam kira-kira pukul 2 petang di longkang tepi jalan di Kampung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah pada 31 Dis.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings