the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC panggil Meta jelaskan keuntungan dari iklan penipuan

MCMC akan panggil Meta beri penjelasan rasmi selepas laporan Reuters dedah syarikat raih untung dari iklan penipuan dan perjudian.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memanggil syarikat Meta untuk memberi penjelasan rasmi berikutan pendedahan Reuters.

Laporan agensi berita antarabangsa itu mendedahkan Meta meraih keuntungan daripada iklan berkaitan penipuan dan perjudian dalam talian.

MCMC dalam kenyataan hari ini menyifatkan isu ini sebagai pelanggaran kepercayaan awam dan undang-undang negara jika terbukti benar.

BACA: Meta perlu beri penjelasan penuh laporan iklan penipuan – Fahmi

“MCMC berkongsi kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, dan akan memulakan siasatan terhadap perkara ini,” menurut kenyataan rasmi.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 4 November 2025, sebanyak 157,208 permintaan penurunan kandungan iklan aktiviti menyalahi undang-undang telah dikemukakan kepada Meta.

Seramai 44,922 permintaan berkaitan iklan penipuan juga dikemukakan kepada platform berkenaan dalam tempoh sama.

Angka ini merupakan jumlah tertinggi berbanding platform media sosial lain yang beroperasi di Malaysia.

Sebagai perbandingan, MCMC hanya mengemukakan 3,956 permintaan kepada TikTok, 269 kepada Telegram, 11 kepada X dan 45,448 kepada YouTube untuk isu sama.

“MCMC telah menasihati Meta supaya mengambil langkah lebih proaktif membanteras penipuan dan perjudian dalam talian kerana tindakan sedia ada masih belum mencukupi,” menurut suruhanjaya.

Semua platform media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet perlu dilesenkan secara sah di Malaysia.

Mereka juga perlu membuktikan keberkesanan sistem pencegahan aktiviti haram pada platform masing-masing.

“Sekiranya terdapat bukti bahawa mana-mana platform bersubahat atau membantu aktiviti menyalahi undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan undang-undang negara,” tegas MCMC. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories