the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC sediakan kerangka mudahkan daftar, kawal selia media sosial – Fahmi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh sebulan akan menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu serta memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata MCMC memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kerangka berkenaan, termasuk mengumpulkan beberapa perkara daripada pengalaman luar dan perbincangan suruhanjaya itu dengan penyedia platform media sosial sebelum ini.

“Antara perkara yang kita akan buat dalam masa terdekat ini adalah memastikan semua platform media sosial mendaftar dengan MCMC,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rakaman program Suara Anak Muda di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini, malam ini.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat atau menutup mana-mana platform media sosial termasuk aplikasi TikTok di negara ini buat masa ini dalam usaha menghalang penyebaran maklumat berunsur fitnah di platform berkenaan.

Bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan jika mana-mana pihak atau platform yang tersalah langkah dengan membolehkan kenyataan-kenyataan bersifat ekstremis disebar luas dalam platform mereka.

“Jika kita lihat keadaan di Indonesia, mereka juga tidak berhasrat untuk mengharamkan atau menutup TikTok tetapi mengawal selia, manakala bagi TikTok Shop, mereka lihat antara lain tidak mahu produk-produk dari luar negara dilambakkan di Indonesia.

“Di Malaysia, ia lebih kepada bidang kementerian lain, tetapi kita akan berbincang dengan beberapa kementerian bagi menyelaraskan tindakan-tindakan setelah kami dapat maklumat,” katanya.

Mengenai program Suara Anak Muda yang baru diperkenalkan itu, Fahmi berkata ia adalah peluang bagi rakyat negara ini untuk mendengar secara terus daripada menteri mengenai inisiatif, dasar, kejayaan dan program kerajaan MADANI.

Meskipun program itu disiarkan dalam platform YouTube (Suara Anak Madani) sebagai permulaan, beliau berkata program berkenaan boleh disiarkan menerusi platform rasmi kerajaan pada masa akan datang.

Suara Anak Muda merupakan sebuah program bual bicara yang menampilkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai moderator serta tetamu-tetamu jemputan dengan gaya lebih santai bagi membincangkan mengenai dasar atau isu-isu hangat.

Episod pertama dengan tajuk ‘Apa Cerita Setahun Kerajaan Perpaduan Madani?’ akan menampilkan Fahmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tetamu jemputan pada 7 Dis ini.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings