the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MCMC tarik balik sekatan akses terhadap aplikasi Grok di X

MCMC tarik balik sekatan akses ke atas aplikasi Grok di X selepas platform itu mengesahkan pelaksanaan langkah keselamatan tambahan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menarik balik sekatan akses sementara ke atas aplikasi Grok di platform X berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat susulan pengesahan pelaksanaan langkah pencegahan dan keselamatan tambahan oleh platform berkenaan.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat pada Rabu lepas melibatkan Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform X.

Mesyuarat itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen berhubung langkah pencegahan serta pematuhan undang-undang Malaysia.

“Pihak X mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan setelah mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, suruhanjaya berkenaan telah menarik balik sekatan akses sementara.

Penarikan balik itu tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.

MCMC menegaskan keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan dan sebarang kegagalan pematuhan atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan ditangani secara tegas.

Pada 11 Jan lepas, MCMC mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada AI Grok bagi pengguna di Malaysia.

Tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah dan seksual eksplisit.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories