Sunday, November 9, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka beri insentif RM50,000 kepada jaguh badminton Toh Ee Wei

The Sun Berita

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka telah menyampaikan insentif khas sebanyak RM50,000 kepada pemain beregu campuran negara kelahiran Melaka, Toh Ee Wei susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Dunia di Paris, Perancis baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan Ee Wei bersama gandingannya Chen Tang Jie muncul juara acara itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa malah turut membanggakan rakyat Melaka.

“Kerajaan negeri amat menghargai pencapaian Toh Ee Wei yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara.”

“Insentif khas ini diharap menjadi penyuntik semangat kepada lebih ramai anak Melaka untuk berjaya di peringkat dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Ab Rauf menerima kunjungan Ee Wei di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata dalam pertemuan itu Ee Wei turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah akademi badminton di Melaka sebagai usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu sukan berkenaan.

“Kerajaan negeri menyambut baik cadangan ini kerana ia bukan sahaja memberi sumbangan besar kepada pembangunan sukan malah menjadi wadah beliau berbakti kepada negeri kelahirannya,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Soomin leads Moutai Singapore Open, rekindles 2011 memories

Soomin Lee surged into the lead at the halfway stage of the Moutai Singapore Open after carding an impressive eight-under-par 64 to reach 12-under overall. The Korean ended his round with back-to-back birdies, rekindling memories of his runner-up finish at the same course during the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship. Lee, who owns one DP World Tour title and five Korean PGA wins, said his past success in Singapore gives him confidence as he chases a much-needed result to secure his Asian Tour card for next year. A group of 10 players sit two shots behind, including Kevin Yuan, Matthew Cheung, Ian Snyman, Wang Wei-hsuan, John Catlin, Sarit Suwannarut, James Piot, Caleb Surratt, Ollie Schniederjans, and Jeunghun Wang.

Most Viewed

Saudi Arabia to host 2026 Asian Road Cycling Championships in Qassim

The Asian Cycling Confederation (ACC) and the Saudi Cycling Federation have officially signed the Host City Agreement for the 2026 Asian Road Cycling Championships, marking a major milestone for the sport in Saudi Arabia. The signing ceremony took place in Riyadh, led by ACC President Dato’ Amarjit Singh Gill and Saudi Cycling Federation President Abdul Aziz bin Ali Al-Shahrani. Qassim City has been confirmed as the official host for the event, which will be held from 5–13 February 2026.
spot_img

Popular Categories