the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MetMalaysia keluar nasihat lekukan tropika di Laut China Selatan

MetMalaysia keluar nasihat lekukan tropika 377 km timur laut Dungun, berpotensi bawa angin kencang dan laut bergelora

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dikesan di latitud 4.8 utara dan longitud 106.8 timur.

Lekukan itu terletak kira-kira 377 kilometer ke timur laut Dungun, Terengganu.

Ribut tersebut bergerak ke arah timur timur laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam.

Kelajuan angin maksimum sistem itu dicatatkan pada 56 km/j.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories