KUALA LUMPUR: Platform seperti Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), pameran halal terbesar di dunia, boleh menjadi pemangkin untuk mempromosikan eksport halal Malaysia di Thailand, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Selain itu, katanya, inisiatif seperti pameran perdagangan sempadan di Songkhla yang menyaksikan penyertaan 10 syarikat Malaysia adalah bukti minat yang semakin meningkat terhadap produk Malaysia di Thailand.
“Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama dan membuka peluang baharu dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
“Saya yakin dengan kerjasama erat yang dijalin, kita akan mampu mengangkat hubungan ini ke aras yang lebih tinggi,“ katanya menerusi hantaran di laman X, hari ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada dewan perdagangan Malaysia-Thailand atas usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.









