the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera – Adly

MACHANG: Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata walaupun setiap kemalangan atau kejadian yang berlaku tidak dijangka, persediaan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita tahu dalam operasi atau latihan akan berlaku kemalangan tidak berbau, namun pada masa sama dari segi persediaan perlu dilakukan untuk memastikan bekalan makanan dan sebagainya mencukupi untuk menyelamatkan nyawa mereka ketika berada dalam operasi.

“Walaupun anggota tentera telah diberikan latihan terutama berkait dengan ikhtiar hidup, kita tetap akan membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan yang ada,“ katanya kepada pemberita selepas menziarahi veteran ATM Hassan Ahmad, 63, di Kampung Chekok, Temangan di sini hari ini.

Semalam, anggota tentera Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, daripada pasukan Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) ditemukan selamat oleh kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang, Sarawak, pada 18 Jun lepas.

Bagaimanapun, Muhammad Syafiq Hilmi yang lengkap bersama peralatan dan senjata ketika dijumpai selepas 17 hari SAR dilancarkan, masih berada dalam keadaan lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings