the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamad Aniq sasar layak secara merit ke Sukan Komanwel Glasgow

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

JAGUH angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menyasarkan layak secara merit ke Sukan Komanwel Glasgow tahun depan.

Mohamad Aniq berkata bagi merealisasikan impiannya itu, beliau perlu meraih pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Komanwel di India, Ogos ini.

“Kalau tak dapat (emas), saya kena bertanding di satu lagi kejohanan tahun depan untuk memburu tiket ke Sukan Komanwel Glasgow 2026,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Aniq berkata beliau turut menyasarkan jumlah angkatan 125 kilogram (kg) dalam disiplin snatch manakala 160kg hingga 165kg untuk clean & jerk di kejohanan bulan depan.

“Saya tak letak sasaran tinggi untuk kejohanan di India kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan bahu kanan. Apa yang penting untuk saya adalah layak secara merit ke Sukan Komanwel tahun depan,” katanya.

Aniq yang juga Olimpian merupakan pemenang pingat emas angkat berat dalam kategori 55kg di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img