the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan Kali Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darulnaim.

Mohd Azmawi Fikri, 38, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta akan memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri Kelantan.

Mohd Azmawi Fikri daripada Barisan Nasional menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri 17 Ogos lepas setelah memperoleh 9,091 undi

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang mesra dengan panggilan Awie itu menang dengan majoriti 3,352 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim (Bersatu).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings