the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain, kekalkan kekerapan penerbangan – Loke

SEPANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain bagi mengekalkan atau menambah kekerapan penerbangan mereka.

Ini berikutan langkah diambil Malaysia Aviation Group (MAG) yang dilaporkan akan mengurangkan rangkaian penerbangan mereka untuk sementara waktu bermula September hingga Disember 2024.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah yang diambil MAG adalah satu keperluan untuk syarikat itu mengatasi isu-isu teknikal yang berlaku.

“Seperti yang saya terangkan, ini adalah satu langkah drastik yang diambil oleh pihak MAG, bukan mereka suka-suka mengambil langkah ini (tetapi) oleh sebab banyak isu-isu teknikal yang melanda, mereka terpaksa mengambil langkah ini untuk mengurangkan penerbangan dalam beberapa bulan ini, supaya mereka boleh memastikan pesawat-pesawat ini dihantar untuk penyenggaraan dan sebagainya.

“Kita juga menjangkakan ada pesawat-pesawat baharu yang akan tiba dalam masa satu atau dua bulan lagi.

“Jadi ini (pengurangan rangkaian penerbangan) hanya langkah sementara, ia bukan langkah kekal tetapi hanya langkah sementara untuk beberapa bulan,“ katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Capsule Transit MAX, di sini hari ini.

Loke berkata dalam masa sama orang ramai boleh mendapatkan tiket penerbangan dari syarikat penerbangan lain seperti AirAsia, Batik Air dan sebagainya.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata MAG mengalami cabaran kekurangan tenaga kerja mahir selepas banyak pemain tempatan serta antarabangsa baharu dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) mula memasuki pasaran Malaysia.

Dalam usaha menangani isu tersebut, kumpulan itu bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menambah tenaga kerja kejuruteraan mahir termasuk menambah baik pakej imbuhan.

MAG juga sedang berusaha untuk menyediakan opsyen pampasan kepada pelanggan yang terjejas termasuk pengagihan semula penerbangan dan bayaran balik penuh tanpa caj penalti.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings