the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT henti majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya musim perayaan, langkah penjimatan program lain

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini majlis pelancaran kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan diadakan lagi, kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata ia memandangkan setiap kali dianjurkan kempen berkenaan, ia akan melibatkan kos hampir RM200,000 termasuk perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya dan pemasangan khemah.

“Semua majlis pelancaran ini tidak perlu, tetapi operasi bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diteruskan, ia tidak akan dihentikan. Kita hentikan majlis perasmian sahaja,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 MOT di sini hari ini.

“Kalau syarikat swasta nak buat kempen – boleh, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik, mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya, kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh,” tambahnya.

Terdahulu dalam amanatnya, beliau berkata antara fokus MOT tahun ini adalah membudayakan aspek keselamatan tidak kira sektor darat, udara mahupun maritim.

Memberi contoh bahawa hampir 7,000 terkorban dalam nahas jalan raya tahun lepas, Loke berkata keselamatan pengguna pengangkutan awam merupakan keutamaan MOT dan program-program yang akan dilaksanakan kelak perlu mencapai tujuannya.

Fokus lain termasuk memperkasa jaringan ketersambungan dan kebolehcapaian sistem pengangkutan awam dan logistik, mengoptimumkan budaya penyelenggaraan infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan dan memacu intervensi berdasarkan inovasi pendigitalan.

Loke berkata beliau juga telah meminta supaya pelaporan prestasi setiap agensi di bawah MOT dibuat secara berkala sebagai kayu pengukur program yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Saya guna pendekatan ini agar kesemua inisiatif MOT ada rancangan komunikasi yang berterusan. Dengan ini kita akan bina keyakinan terhadap kementerian,” katanya.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings