the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Murid tahun satu cedera dilanggar kenderaan dipandu warga asing

KUALA LUMPUR: Seorang murid tahun satu cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu wanita warga asing di Bukit Sentosa, Rawang di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kejadian dipercayai berlaku pada 6.15 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu mahu melintas jalan.

“Sebaik turun dari van sekolah, mangsa dikatakan menuju ke belakang van untuk melintas jalan sebelum dilanggar Mitsubishi Triton menyebabkan kaki kirinya patah,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 46 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings