the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MYAirline: Waspada dengan penipuan pemulangan wang

KUALA LUMPUR: MYAirline telah memaklumkan pelanggannya kemungkinan wujudnya penipuan yang berkaitan dengan bayaran balik yang belum selesai.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap keselamatan pelanggan, kami menasihatkan mereka untuk berhati-hati bagi mencegah sebarang aktiviti penipuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MYAirline berkata terdapat laporan baru-baru ini mengenai individu yang mendakwa secara palsu sebagai wakil kepada syarikat penerbangan itu, menghubungi pelanggan yang menunggu bayaran balik untuk tempahan penerbangan mereka.

Penipu ini menggunakan pelbagai taktik, termasuk panggilan telefon, e-mel atau mesej di platform media sosial bagi memperdaya pelanggan supaya memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran dengan alasan palsu.

“Untuk melindungi daripada kemungkinan penipuan, kami menasihati pelanggan kami agar mengesahkan sumber apabila menerima komunikasi mengenai bayaran balik.

“Semak alamat e-mel rasmi atau nombor hubungan yang dikaitkan dengan MYAirline. Komunikasi rasmi daripada kami adalah daripada domain myairline.my,” katanya.

Syarikat penerbangan itu menasihatkan mereka yang menemui sebarang hubungan yang mencurigakan atau tingkah laku penipuan supaya melaporkannya dengan segera kepada saluran sokongan pelanggan rasmi MYAirline atau pihak berkuasa berkaitan.

“Bagi bantuan lanjut atau pertanyaan mengenai bayaran balik atau sebarang kebimbangan, pelanggan digalakkan untuk menghubungi saluran perkhidmatan pelanggan rasmi MYAirline melalui [email protected] atau bercakap dengan kami melalui +603 8966 2522,” tambah syarikat penerbangan yang bermasalah itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings