the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MyCC cadang tindakan terhadap dua syarikat kes kartel tender lebuh raya

Suruhanjaya Persaingan Malaysia keluarkan Keputusan Cadangan terhadap dua syarikat disyaki kartel tender projek JKR bernilai RM285 juta.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap dua syarikat kerana disyaki terlibat dalam kartel penipuan tender bagi Pembinaan Jalan Central Spine Road (CSR) yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi MyCC Tan Sri Idrus Harun berkata kedua-dua syarikat itu didapati secara sementara melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 [Akta 712] berhubung tender bernilai RM285 juta.

Melalui penyiasatan MyCC, syarikat tersebut didapati telah bersetuju untuk terlibat dalam perkongsian maklumat yang diselaraskan dan pakatan dalam penyediaan serta penyerahan bidaan mereka.

ALSO READ: MyCC kenakan penalti RM97.3 juta kepada 26 syarikat kartel tipu bida

“MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam berkaitan Tender CSR,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menekankan bahawa Keputusan Cadangan ini bersifat sementara dan tidak boleh dianggap sebagai penemuan muktamad bahawa syarikat berkenaan melanggar Akta 712.

Idrus berkata syarikat terbabit telah dimaklumkan mengenai cadangan penalti dan arahan hari ini.

Mereka diberi peluang mengemukakan representasi bertulis dalam tempoh 30 hari selepas menerima Keputusan Cadangan serta membentangkan representasi lisan pada tarikh akan ditetapkan kemudian.

“Keputusan muktamad MyCC hanya akan dikeluarkan selepas mempertimbangkan semua representasi syarikat berkenaan serta bukti yang diperoleh sepanjang siasatan,” katanya.

MyCC merupakan badan bebas di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

DagangHalal eyes 2026 growth as digital halal compliance gains traction

After spending 2025 strengthening its core platform and operational foundations, DagangHalal.com is entering 2026 with a focus on execution and market engagement as demand for transparent, data-driven halal compliance continues to grow globally.
spot_img

Popular Categories