the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas ragut lima nyawa : JPJ siasat audit keselamatan syarikat treler

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan siasatan terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di KM58.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Kluang, Khamis lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata siasatan berkenaan dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat terbabit mematuhi atau tidak aspek teknikal ditetapkan dalam laporan JISA.

Beliau berkata siasatan sudah dijalankan oleh pihak JPJ sebaik kemalangan itu berlaku mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Setakat ini masih belum ada keputusan daripada hasil siasatan terbabit selain kita juga masih menunggu keputusan laporan daripada pihak polis.

“Jadi selepas kertas siasatan ini siap sepenuhnya, JPJ akan serahkan semua laporan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan tindakan selanjutnya,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Pemantauan dan Pemeriksaan Bas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di Terminal Terminal Amanjaya di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan siasatan terperinci dan telus akan dijalankan berhubung kemalangan maut yang meragut lima nyawa di KM58.1 Lebuhraya PLUS.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata hasil semakan turut mendapati pemandu treler terbabit mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dua rekod dengan pihak polis.

“Rekod JPJ mendapati pemandu telah melakukan kesalahan teknikal dari 2017 hingga 2022 namun semua kesalahan tersebut telah diselesaikan.

“Antaranya dua kesalahan gagal patuhi notis pemeriksaan berkala, bawa muatan secara tidak selamat dan bawa muatan menjulur melebihi badan kenderaan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings