the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Naluri ibu jadi kenyataan apabila GPS anak berhenti berfungsi

Ibu resah apabila GPS anak berhenti berfungsi, rupanya petanda awal kemalangan maut di Lebuhraya Senai-Desaru yang meragut dua nyawa

JOHOR BAHRU: Naluri seorang ibu apabila sistem penentu kedudukan global (GPS) anaknya berhenti berfungsi ternyata benar menjadi petanda awal tragedi.

Allahyarham Ammar Azwar Asri, 21, maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi.

Bapa saudara mangsa, Suhaimi Abu Naim, 58, berkata adiknya, Zeilawani berasa tidak sedap hati apabila pergerakan GPS telefon bimbit Ammar Azwar tidak berfungsi sejak 5.17 pagi.

“Si ibu cuba berfikiran positif mengandaikan bateri telefon anaknya kehabisan kuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail.

Namun perasaan resah itu semakin kuat sehingga beliau bertindak menyemak lokasi terakhir melalui aplikasi Google.

Beliau kemudian menghubungi adiknya yang bertugas sebagai polis bantuan untuk memeriksa kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi terakhir GPS itu berhenti, barulah dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan jalan raya dan anak saudara saya terlibat,” katanya.

Menurut pesara tentera itu, Ammar yang memandu kereta Proton Saga difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti.

Suhaimi berkata arwah pada awalnya agak keberatan untuk bergerak pulang pada awal pagi kejadian.

“Dia penggerak gelak ketawa dalam keluarga. Kehilangannya sangat mengejutkan dan sukar diterima,” katanya menggambarkan peribadi arwah.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Siba, Batu Pahat malam ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kemalangan itu dipercayai akibat sebuah kenderaan memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian membabitkan kereta Proton Wira, Proton Saga dan Perodua Myvi itu kira-kira 5.35 pagi.

Selain Ammar Azwar, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pemandu Proton Wira, Yen Jian Yao, 19.

Tiga penumpang kereta Proton Wira itu dilaporkan cedera parah, iaitu Angel Loo An Qi, 15, Wong Teck Ong, 17, serta seorang lagi yang belum dikenal pasti.

Dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi turut cedera, iaitu Nur Nalea Nazlin Mahmud, 23, dan Mohamad Adam Satiman, 25.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Dah Sing Bank Reinforces VIP Banking’s Insight-led, Holistic Wealth Management Proposition

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dah Sing Bank, Limited ("the Bank") today introduced its new VIP Banking campaign, "Intelligent Wealth Solutions ∙ Unlocking New Opportunities ("智策 新機遇"), which underscores the Bank's commitment to empowering affluent and high net worth customers navigate an increasingly dynamic investment market.

Sipzz Opens Second Flagship Store at Paradigm Mall, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Following the success of its first flagship store at Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sipzz, the Gen‑Z lifestyle tumbler brand, is opening its second flagship store at Paradigm Mall, Johor Bahru.
spot_img

Popular Categories