the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Noktah kemelut pencerobohan tanah secara haram – Sultan Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kemelut pencerobohan tanah secara haram di negeri ini dinoktahi.

Al-Sultan Abdullah bertitah sebanyak 14,494.9 hektar tanah kerajaan telah diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi.

Baginda bertitah seluas 5,997.09 hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) juga telah diceroboh, kononnya atas nama pertanian, tetapi hakikatnya perompakan terbuka terhadap harta negeri.

“Masalah ini bukan baru bermula semalam, ia telah berakar sejak lebih empat dekad yang lepas, ia berlaku tanpa pengetahuan beta namun bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan.

“Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayang masa silam. Sebaliknya, kita berhasrat untuk menoktahi kemelut pencerobohan tanah secara haram ini. Biarlah kisah lalu itu menjadi pengajaran.

“Jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa atau pengkhianatan terhadap amanah, biarlah Allah SWT yang Maha Adil menentukan dan menjatuhkan hukumnya,“ titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah bertitah seiring dengan keputusan kerajaan negeri, baginda menegaskan tidak akan ada sebarang kelulusan baharu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mana-mana permohonan tanah yang telah diceroboh secara haram.

Titah baginda ia adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi demi menjunjung kedaulatan undang-undang serta menjaga amanah kepada negeri dan rakyat.

“Tambahan pula keadaan hari ini sangat membimbangkan, apabila ada yang sengaja meniupkan api sentimen demi meraih simpati, seolah-olah pencerobohan ini satu bentuk perjuangan.

“Beta ingin mengingatkan, perjuangan yang bersandarkan kezaliman terhadap tanah hak milik negeri, tidak akan pernah sesekali mendapat restu beta,“ titah baginda.

Baginda turut menzahirkan dukacita apabila terdapat segelintir pihak, termasuk individu yang seharusnya menjadi contoh dan pembela kepada undang-undang, sebaliknya memilih untuk menyokong perbuatan yang tidak bertamadun ini.

“Cukup memalukan, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi, bahkan boleh menjejaskan kedaulatan pentadbiran negeri. Janganlah kerana kepentingan politik sempit, hukum diketepikan, dan perbuatan yang salah dimuliakan,“ titah Al-Sultan Abdullah.

Baginda seterusnya menegaskan agar pentadbir tanah di semua peringkat wajib menjadi benteng hadapan, bukan ‘boneka’ yang diperalatkan dan jangan berkompromi dalam hal yang melibatkan kedaulatan undang-undang negeri.

Al-Sultan Abdullah bertitah mulai saat ini negeri sentiasa terbuka dan memberi laluan sepenuhnya kepada badan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang untuk bertindak tegas tanpa pilih kasih.

“Beta sentiasa bersama kalian, yang berjuang mempertahankan tanah air ini daripada dijajah … dan dinodai tanpa rasa berdosa. Janganlah pentadbiran kerajaan beta bersikap lesu dan longlai, jadilah mata dan telinga beta, bukan mulut yang hanya tahu menyedapkan telinga.

“Jadikan “episod hitam” ini sebagai satu pengajaran dan ingatan untuk semua yang berkuasa,“ tegas baginda.

Sementara itu, baginda bertitah Pahang bukan sahaja berdepan dengan kerakusan terhadap bumi hijau, malah turut bergelut dengan ketirisan hasil yang berlaku dalam pelbagai bentuk lain sekali gus kehilangan jutaan ringgit apabila hasil batuan, pasir, bijih, emas, bauksit dan nadir bumi (REE) dikeluarkan secara tidak sah sama ada secara terang-terangan serta bersembunyi di sebalik lesen yang disalah guna.

Justeru, baginda mahu pentadbiran negeri hari ini terus berusaha membasmi segala ketirisan hasil bumi kerana harta negeri adalah amanah yang perlu dijaga.

Al-Sultan Abdullah turut melahirkan rasa bangga apabila Tanah Rizab Melayu menunjukkan peningkatan membanggakan iaitu daripada 218,326 hektar pada 1955 kepada 444,074 hektar pada masa kini, iaitu merangkumi 12.34 peratus daripada keseluruhan keluasan Pahang yang berukuran 3.597 juta hektar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings